PETALING JAYA – Pengguna perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) dijangka berdepan kelewatan perjalanan melebihi 40 minit susulan sebuah tren kargo yang mengalami kegagalan di laluan Batang Kali, hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan tersebut menyebabkan perkhidmatan tren di laluan berkenaan terpaksa menggunakan satu landasan bagi meneruskan operasi.

Menurutnya, keadaan itu dijangka menjejaskan jadual perjalanan asal kedua-dua perkhidmatan berkenaan sehingga kerja-kerja pemulihan selesai dilaksanakan.

“Berikutan tren KTM Kargo yang gagal di laluan Batang Kali, perkhidmatan tren laluan ini dijangka mengalami kelewatan melebihi 40 minit daripada jadual asal disebabkan penggunaan satu landasan. Kerja-kerja baik pulih sedang giat dilakukan,” katanya.