WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menolak resolusi untuk mendakwa Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, bagi tujuan pemecatan, sekali gus menggagalkan usaha menyingkirkan ketua PENTAGON itu berhubung tindakannya sepanjang memegang jawatan serta cara beliau mengendalikan perang di Iran.
Pengundian itu berlangsung ketika Parti Republikan berdepan kesan kekalahan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal, yang menurut sesetengah anggota parti berpunca daripada perang di Iran dan lonjakan harga petrol susulan konflik berkenaan.
Bagaimanapun, selepas Presiden Donald Trump menyatakan sokongan padu terhadap Hegseth, kebanyakan anggota Parti Republikan di Dewan Perwakilan tetap mempertahankannya dan menolak usaha pemecatan yang diketuai anggota parti itu dari Kentucky, Thomas Massie, dengan sokongan Parti Demokrat.








