Kota Bharu: Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengaktifkan pasukan bantuan banjir dan mengerahkan anggota sekiranya paras air Sungai Golok meningkat sepanjang Monsun Timur Laut.

Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, operasi kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan ketika ini masih dilaksanakan seperti biasa.

Beliau berkata, briged bersedia menghadapi sebarang situasi banjir, khususnya jika peningkatan paras air sungai menjejaskan kawasan operasi di sepanjang sempadan.

"Jika paras air Sungai Golok meningkat, pasukan bantuan banjir PGA akan diaktifkan dan digerakkan ke kawasan yang terjejas.