Key takeaways
Malaysia membelanjakan lebih RM5.48 juta sehari untuk menguruskan sisa pepejal, dengan jumlah keseluruhan mencecah 14.5 juta tan pada 2024. Menteri Nga Kor Ming mendedahkan angka ini di Persidangan Perubahan Iklim PBB Ke-31 di Antalya, Türkiye.
- Perbelanjaan tahunan melebihi RM2 bilion dibahagikan kepada 365 hari untuk mengira kos harian pengurusan sisa.
- Sisa makanan merupakan komponen terbesar sebanyak 44.5 peratus, bersamaan kira-kira 17,700 tan setiap hari.
- Plastik menyumbang 13.2 peratus daripada jumlah sisa, iaitu anggaran 5,240 tan setiap hari.
- KPKT mengemukakan tiga penyelesaian termasuk pelaksanaan Pasport Bahan Digital secara mandatori.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Malaysia membelanjakan lebih RM5.48 juta sehari secara purata untuk menguruskan sisa pepejal, ketika jumlah sampah perbandaran yang dijana negara mencecah 14.5 juta tan pada 2024.
Anggaran harian berkenaan diperoleh dengan membahagikan perbelanjaan tahunan melebihi RM2 bilion yang diumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada 365 hari.
Jumlah sisa 14.5 juta tan setahun pula bersamaan kira-kira 39,700 tan sehari, menunjukkan besarnya operasi pengumpulan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan yang perlu dilaksanakan setiap hari.
Sisa makanan membentuk komponen terbesar pada 44.5 peratus atau dianggarkan kira-kira 6.45 juta tan setahun. Berdasarkan purata harian, jumlah berkenaan bersamaan hampir 17,700 tan sisa makanan sehari.