SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan RM185.4 juta bagi membangunkan projek sistem e-Tanah dalam usaha memodenkan pentadbiran tanah supaya lebih efisien, cekap, telus dan berintegriti.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, berkata kerajaan negeri berhasrat memastikan pentadbiran tanah bergerak seiring perkembangan teknologi serta memenuhi tuntutan rakyat yang mahukan perkhidmatan lebih mudah, cepat dan cekap.
Katanya, pelaburan besar menerusi projek e-Tanah itu perlu diterjemahkan kepada hasil yang mampu membawa perubahan terhadap kaedah kerja dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
"Saya amat berharap pelaksanaan sistem e-Tanah ini, khususnya melalui pengenalan modul hasil dan kemudahan urusan secara dalam talian, dapat menyokong hasrat kerajaan negeri untuk mencapai sasaran kutipan hasil negeri sebanyak RM1 bilion menjelang 2030," katanya.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F10%2F94c4627948c6b7f4a35a4a32d86fbf53.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

