Nibong Tebal: Seramai 16 penduduk daripada tiga keluarga diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sethu, Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku susulan hujan lebat berterusan sepanjang malam menyebabkan beberapa rumah di kawasan berkenaan dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, anggota mendapati beberapa rumah ditenggelami air sedalam kira-kira tiga kaki berikutan hujan lebat yang berterusan.