JOHOR BAHRU: Kejayaan menyelamatkan 100 kaki pesakit diabetes daripada dipotong atau menjalani prosedur amputasi dalam tempoh setahun menjadi pencapaian membanggakan Dr. K. Arivarni menerusi kepakaran rawatan luka kronik di Clinic Star Medicare, di sini.

Lebih membanggakan, kejayaan yang direkodkan dari Ogos 2025 hingga Ogos lalu itu melayakkan klinik berkenaan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori ‘Bilangan Anggota Badan Pesakit Diabetes Terba­nyak Yang Berjaya Diselamatkan Melalui Rawatan Luka Lanjutan Dalam Tempoh Satu Tahun’.

Dr. Arivarni, 43, berkata, keba­nyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di kliniknya sebelum ini sudah menerima surat daripada hospital yang mencadangkan supaya kaki mereka dipotong berikutan luka kronik dan kom­plikasi diabetes yang dialami.