PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tiba di bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan buat kali terakhir hari ini, selepas peletakan jawatannya berkuat kuasa malam tadi.

Ketibaan beliau kira-kira 10 pagi itu disambut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.

Beliau turut menghadiri Majlis Cahaya MADANI sempena sambutan Deepavali yang dianjurkan kementerian itu, sekali gus menjadi antara penampilan terakhirnya bersama warga MOT.

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Seremban itu berkuat kuasa malam tadi sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah