PUTRAJAYA- Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tiba di kementerian bagi memenuhi jemputan perhimpunan bulanan dan sambutan Deepavali, di sini pada Rabu.Anthony sebelum ini memaklumkan beliau mendapat jemputan tersebut daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri M Jana Santhiran.Ahli Parlimen Seremban itu melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 47 bulan lalu, berkuat kuasa semalam.Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO berusia 73 tahun itu.Anthony sebelum ini menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Anthony tiba di MOT hadiri perhimpunan bulanan, sambutan Deepavali

Key takeaways
Anthony Loke, bekas Menteri Pengangkutan, hadir di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perdagangan Dalam Negeri (MOT) untuk perhimpunan bulanan dan sambutan Deepavali. Kehadiran beliau dikatakan sebagai jawapan kepada jemputan Ketua Setiausaha Kementerian.
- Anthony Loke hadir di MOT pada Rabu untuk perhimpunan bulanan dan sambutan Deepavali.
- Kehadiran beliau diundang oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri M Jana Santhiran.
- Anthony melepaskan jawatan Menteri Pengangkutan selepas 47 bulan berkuasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro PM tiba di Kelantan, hadiri pelbagai program
- Sinar Harian Anthony tiba di MOT hadiri perhimpunan bulanan, sambutan Deepavali (this story)








