PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) buat kali terakhir, selepas peletakan jawatannya berkuasa kuasa semalam.

Ketibaan Loke di pekarangan lobi MOT pada 10.04 pagi disambut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT Datuk Seri M Jana Santhiran, serta warga MOT yang mula berkumpul pada 9.30 pagi.

Beliau yang hadir bagi memenuhi undangan Jana Santhiran, turut menghadiri Majlis Cahaya Kasih MADANI yang diadakan bersempena dengan sambutan Deepavali.

Sebelum memasuki dewan, Loke menyalakan lampu Kuttu Vilakku yang merupakan pelita tradisional masyarakat India, yang lazimnya digunakan sempena perayaan Deepavali serta upacara keagamaan dan majlis kebudayaan.