PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Rabu menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) buat kali terakhir, selepas peletakan jawatannya berkuasa kuasa semalam.Anthony sebelum ini memaklumkan beliau mendapat jemputan tersebut daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri M Jana Santhiran.Ahli Parlimen Seremban itu melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 47 bulan lalu, berkuat kuasa semalam.Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO berusia 73 tahun itu.Anthony sebelum ini menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Anthony Loke hadir Majlis Perhimpunan Bulanan MOT buat kali terakhir

Key takeaways
Anthony Loke menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan MOT buat kali terakhir pada Rabu, selepas peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa semalam susulan keputusan mahkamah terhadap Najib Razak.
- Anthony Loke melepaskan jawatan yang dipegangnya selama 47 bulan berkuat kuasa semalam.
- Keputusan ini menyusuli Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan dan memerintahkan Najib menjalani tahanan rumah.
- Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik Najib tiba di kediamannya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , The Sun , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Anthony Loke hadir Majlis Perhimpunan Bulanan MOT buat kali terakhir (this story)








