WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memaklumkan pesakit dan petugas kesihatan mengenai kemungkinan peningkatan risiko masalah mata serius yang dikaitkan dengan penggunaan ubat GLP-1 untuk menurunkan berat badan dan merawat diabetes.

FDA berkata, pihaknya mewajibkan ubat GLP-1 seperti Mounjaro dan Zepbound keluaran Eli Lilly, serta Ozempic dan Wegovy keluaran Novo Nordisk menambah maklumat mengenai kemungkinan peningkatan risiko penyakit non-arteritic anterior ischemic optic neuropathy (NAION) dalam bahagian amaran dan langkah berjaga-jaga pada label produk.

NAION merupakan antara punca lazim kehilangan penglihatan secara tiba-tiba tanpa rasa sakit dan dalam sesetengah kes boleh menyebabkan kerosakan penglihatan kekal.