Kuantan: Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid tidak pernah menyangka rumahnya sendiri terbabit dalam kebakaran.
Namun, katanya, kejadian itu diterima dengan reda kerana perkara yang paling penting ialah ahli keluarganya selamat.
"Tidak pernah terlintas rumah sendiri akan ditimpa musibah kebakaran seperti ini.
"Melihat sendiri kediaman yang menjadi tempat berteduh keluarga berhadapan dengan api, pastinya meninggalkan kesan dan kenangan yang sukar dilupakan.









