ISTANBUL: Tentera Yaman memaklumkan pasukannya membunuh atau mencederakan kira-kira 190 komander dan pejuang Houthi menerusi serangan udara dan darat di beberapa barisan hadapan sejak beberapa jam lalu, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap tentera, Kolonel Majed Abdullah al-Nuzaili, dalam satu kenyataan berkata serangan itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Operasi Fajar Yaman.
Beliau berkata, pesawat pejuang melancarkan 29 serangan udara dan dron melaksanakan 39 serangan, manakala unit pelancar roket melancarkan 62 serangan dan artileri medan melakukan 744 lagi serangan.
Serangan berkenaan menyasarkan kedudukan, pasukan bantuan, kubu pertahanan dan peralatan ketenteraan Houthi.









