Glasgow: Pemain tengah Scotland, Scott McTominay mendedahkan dia terpaksa menjalani prosedur kejutan elektrik pada jantungnya hanya dua hari sebelum beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Haiti.

McTominay sebelum ini dilaporkan tidak menyertai latihan menjelang kemenangan 1-0 ke atas Haiti di Massachusetts akibat masalah perut.

Namun, ketika bercakap pada sidang media di Glasgow semalam, pemain berusia 29 tahun itu berkata: "Saya terpaksa menjalani prosedur kejutan elektrik pada jantung dua hari sebelum perlawanan menentang Haiti.

"McTominay beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan Scotland di Piala Dunia, tetapi gagal mempamerkan prestasi terbaik ketika pasukan itu tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas kepada Maghribi dan Brazil.