Melaka: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya meletakkan jawatan daripada Kabinet daripada terus mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan meskipun masih berada dalam kerajaan.
Dalam penampilan awam pertamanya selepas melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, Loke berkata, mereka yang tidak bersetuju dengan kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berpegang kepada prinsip tanggungjawab bersama dengan melepaskan jawatan dalam Kabinet.
"Jika tidak berpuas hati, keluarlah. Jika tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, letak jawatan. Saya sudah berbuat demikian. Bagaimana pula dengan anda, sahabat saya?" katanya ketika berucap pada satu ceramah, di sini, malam tadi.









