Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad (kiri) bercakap dalam sidang media selepas Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa.PUTRAJAYA: Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati dengan kerajaan perpaduan diminta keluar daripada Jemaah Menteri tanpa perlu menunggu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memecat mereka, kata Khalid Samad.
Pengarah komunikasi Amanah berkata, pemimpin BN sepatutnya menunjukkan prinsip dan pendirian jelas, jika tidak lagi boleh menerima kepimpinan Anwar.
Tegasnya, tidak wajar mereka terus mengkritik kerajaan dan pada masa sama kekal dalam pentadbiran.
"Kalau rasa sudah kuat dan tidak boleh menerima Anwar sebagai perdana menteri, tunjukkan harga diri. Jika asyik mengkritik dan memburukkan kerajaan, sila keluar. Tiada siapa yang menghalang.







