Chet Singh menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-90 di InvestPenang pada Julai lalu, 35 tahun selepas bersara sebagai pengurus besar pertama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. (Gambar InvestPenang)PETALING JAYA: Bayan Baru hari ini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian di Pulau Pinang, dengan kawasan perumahan, perniagaan dan pusat komersialnya memenuhi keperluan masyarakat yang berkembang seiring dengan perluasan sektor perindustrian negeri itu.

Namun, setengah abad lalu, Pulau Pinang berdepan kemelut ekonomi. Ekonomi perdagangan tradisionalnya semakin merosot, ribuan anak muda mencari pekerjaan dan negeri itu bergelut mencari hala tuju baharu.

Penarikan status pelabuhan bebas pada 1967 memberi tamparan hebat kepada negeri itu. Menjelang penghujung dekad itu, kadar pengangguran mencecah 16%, sekali gus mewujudkan keperluan mendesak untuk mencari hala tuju ekonomi baharu.