Puad Zarkashi berkata rombakan Kabinet lebih wajar dilakukan kerana PRU16 masih jauh, berbanding membubarkan Parlimen seperti dicadangkan Presiden Umno Zahid Hamidi.PETALING JAYA: Tindakan Presiden Umno Zahid Hamidi mencadangkan pembubaran Parlimen berbanding rombakan Kabinet mungkin kerana bimbang kehilangan portfolio menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), dakwa Puad Zarkashi.
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu turut mempersoalkan sama ada menteri BN lain berani meletak jawatan sekiranya portfolio mereka berubah dalam rombakan Kabinet.
Puad berkata, rombakan Kabinet lebih wajar dilakukan kerana PRU16 masih jauh, berbanding membubarkan Parlimen seperti dicadangkan Zahid.
"Zahid takut kalau rombak kabinet mungkin potfolio dia di KKDW akan bertukar.








