POPULARITI yang semakin memuncak bukan tiket untuk seseorang anak seni berasa selesa, sebaliknya hadir bersama tanggungjawab besar untuk memastikan kualiti lakonan sentiasa seiring dengan perhatian yang diterima.

Perkara itu menjadi pegangan Zarif Ghazzi yang mengakui bimbang sekira hanya nama semakin dikenali, namun kemampuan lakonannya masih belum mencapai tahap yang diharapkan industri dan peminat.

Untuk bintang yang kini meledak dengan filem Kudrat 1968: High Council dengan watak Abbas itu, populariti tanpa kemahiran dan kualiti lakonan yang kukuh hanya akan mewujudkan jurang antara penerimaan peminat dengan kemampuan sebenar seseorang anak seni.

SEDANG digilai peminat khususnya golongan wanita, paling ditakuti Zarif Ghazzi ketika ini adalah jika popularitinya tidak setanding kualiti dan kemahiran lakonannya. Populariti