DAP kini mempunyai empat menteri dalam Kabinet, iaitu Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh.PETALING JAYA: Penganalisis menjangkakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melakukan rombakan kecil pemimpin DAP dalam Jemaah Menteri susulan peletakan jawatan Setiausaha Agung parti itu, Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, seorang daripada empat menteri DAP masih menganggotai Jemaah Menteri mungkin memangku jawatan menteri pengangkutan buat sementara atau seorang daripada tujuh timbalan menteri dari parti itu mungkin dinaikkan pangkat menjadi menteri.








