Johannesburg: Juara dua pingat emas renang Sukan Olimpik, Tatjana Smith mengumumkan keputusan menukar kesetiaan antarabangsa dari Afrika Selatan ke Belanda.
Perenang berusia 29 tahun itu berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira kekangan kewangan serta peluang mendapatkan sokongan lebih baik dalam aspek prestasi tinggi.
Tatjana yang memiliki kewarganegaraan Afrika Selatan dan Belanda mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas acara 200 meter (m) kuak dada pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan 100m kuak dada di Paris 2024.
Kejayaan itu turut disusuli dua pingat perak, sekali gus menjadikan perenang kelahiran Johannesburg itu atlet Olimpik paling banyak meraih pingat dalam sejarah Afrika Selatan.









