Paris: Jake Paul menganggap pertarungan menentang juara kickboxing Perancis, Cedric Doumbe, sekadar aksi pemanas badan buat dirinya menjelang pertembungan lapan pusingan kategori cruiserweight di Coca-Cola Arena, Dubai, pada 24 Disember ini.

Malah, Paul tidak melihat reputasi Doumbe sebagai bekas juara dunia kickboxing Glory dan petarung seni bela diri campuran (MMA) sebagai ancaman besar, sebaliknya yakin mampu menumbangkan lawannya itu pada malam Krismas.

Keyakinan itu diluahkan Paul ketika menghadiri sidang media promosi pertarungan berkenaan di Paris, apabila dia turut menyifatkan Doumbe bakal menerima pengajaran sukar dalam gelanggang tinju.

"Dia juara dunia kickboxing, juara Glory dan antara yang terbaik dalam MMA. Dia memang hebat. Tetapi dia akan tumbang pada malam Krismas.