Suspek berdepan tuduhan mengikut Artikel 365 Kanun Keseksaan Indonesia atas kesalahan mencuri dengan kekerasan, berdepan hukuman penjara maksimum 9 tahun.PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia ditahan di Batam, Indonesia, selepas merompak seorang wanita sebelum melarikan keretanya serta mencederakan anggota polis pada Jumaat lepas.
Lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Melaka itu dipercayai mengugut mangsa berusia 48 tahun menggunakan pistol airsoft dan sebilah pisau sebelum melarikan Toyota Rush bersama barangan berharga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai 292 juta rupiah (RM73,000).
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Barelang Agung Tri Poerbowo berkata, suspek dipercayai bertindak merompak selepas kehabisan wang ketika bercuti di negara itu.





