Bekas exco Kelantan daripada Bersatu, Kamarudin Md Nor, mahu terus bersama partinya dalam persiapan menjelang PRU16. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor mengakui menerima 'beberapa tawaran' supaya kekal bersama kerajaan negeri, namun memilih mempertahankan partinya.

Kamarudin yang ditamatkan khidmat exco Kelantan kuat kuasa 9 Nov, menegaskan atas dasar tanggungjawab memilih Bersatu ketika parti dalam persiapan berdepan PRU16.

"Apabila diberi beberapa pilihan, saya memilih untuk terus menjaga parti kerana itu tanggungjawab saya sebagai ketua parti.

"Parti memerlukan saya sekarang, lebih-lebih lagi menjelang PRU yang tidak lama lagi," katanya menurut Sinar Harian, di Kota Bharu.