JASIN: Wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan maut selepas kereta dipandunya dirempuh lori di Jalan Pondok Batang, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku ketika J Samivel, 62, yang juga Naib Ketua Cabang PKR Alor Gajah dalam perjalanan ke bilik gerakan utama (BGU) parti itu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut itu kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu Proton Iswara dari arah Nyalas menghala Asahan sebelum dipercayai cuba membelok ke kanan untuk memasuki kawasan bilik gerakan undi DUN Asahan.