KUALA LUMPUR: Anak tunggal pelakon Syed Aiman, Sharifah Nurzulaika, 26, hasil perkahwinan terdahulu melahirkan kesyukuran apabila hubungan dengan bapa kandungnya kembali terjalin selepas terpisah selama 10 tahun.

Pertemuan bersejarah ini berlaku apabila Sharifah Nurzulaika dijemput menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Linda Rafar iaitu Rezaril Keiflin atau Aril pada Sabtu lalu.

Perasaan penuh kegembiraan ini dikongsi oleh Zulaikha atau Aika menerusi Threads, hari ini.

"Terima kasih Mama sebab jemput Aika ke Wedding Aril, dapat kita bersua muka. Kalau tak sebab Ma, mesti sampai sekarang Aika tak jumpa Papa. Dapat kumpul dengan adik adik kandung Aika.