KOTA BHARU: Pas menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Parlimen dibubarkan berbanding melaksanakan rombakan Kabinet pada ketika ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, rakyat juga sedang menunggu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 dilaksanakan.
“Saya setujulah dengan cadangan beliau (Ahmad Zahid) itu. Sebab rakyat pun sedang menunggu untuk pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-16) sekarang ini, untuk tukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpandangan adalah lebih baik Parlimen dibubarkan berbanding melaksanakan rombakan Kabinet ketika ini.







