LISBON: Kereta terbang dijangka mula digunakan secara rasmi oleh pengguna di China seawal musim panas tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat kereta terbang dari China, XPeng, Deli Zhao, memaklumkan kenderaan altitud rendah bernilai AS$300,000 (RM1.2 juta) itu sedia dimanfaatkan untuk kegunaan rekreasi di kawasan luar bandar serta perkhidmatan kecemasan pada separuh kedua 2027.

Pembangunan selama 10 tahun yang merangkumi ujian motosikal terbang di pangkalan syarikat di Guangzhou itu akhirnya mendapat kelulusan pihak berkuasa penerbangan awam China bagi penggunaan terhad.

Kenderaan yang mempunyai ruang kokpit seakan-akan saiz kereta Fiat 500 itu diangkat ke udara menggunakan enam kipas berkuasa bateri seperti dron, selain dikawal menerusi kayu randau ringkas.