KUALA LUMPUR: Pemuda Islam yang mencetuskan kontroversi selepas melakukan ritual keagamaan agama lain baru-baru ini, bakal didakwa di mahkamah esok.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), berkata lelaki berusia 21 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di Kuang.

"Orang yang disyaki (OYDS) akan dituduh sekitar jam 10 pagi esok mengikut Seksyen 4 (Pemujaan salah) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995," katanya hari ini.

Terdahulu media melaporkan, JAIS mengesahkan penahanan lelaki beragama Islam yang disyaki bertindak melakukan ritual agama lain di Kuala Lumpur, pada 13 Oktober lalu.