Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling, berkata perpecahan undi pembangkang memberi kelebihan kepada GPS di beberapa kerusi pada PRN 2021. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: DAP mahu mengurangkan jumlah pertandingan banyak penjuru menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN Sarawak pada 12 Dis ini bagi mengelakkan undi pembangkang berpecah.
Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling, berkata perpecahan undi pembangkang memberi kelebihan kepada GPS di beberapa kerusi pada PRN 2021 sebelum ini, lapor Borneo Post.
Pada 2021, DAP tewas lima kerusi kepada GPS – Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjong Batu dan Pujut – yang semuanya menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru membabitkan beberapa parti pembangkang seperti Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang kini dibubarkan dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).









