RSN Rayer gesa Dusuki Mokhtar mengambil tindakan terhadap semua pihak yang membuat laporan polis palsu berkait isu tahanah rumah Najib Razak.PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membetulkan perintah tahanan rumah Najib Razak membuktikan Peguam Negara Dusuki Mokhtar mengambil langkah perundangan yang betul dan tidak menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.
Rayer berkata permohonan semakan difailkan peguam negara bertujuan mendapatkan penjelasan undang-undang berhubung kesilapan dalam perintah asal yang dikeluarkan selepas denda RM50 juta terhadap bekas perdana menteri dijelaskan.
“Perintah mahkamah yang disemak semula hari ini telah membetulkan kesilapan dalam perintah tahanan rumah terdahulu yang dikeluarkan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi,” katanya dalam kenyataan.








