KLEBANG: Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kali ini.
Persaingan sengit itu membabitkan penyandang kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Wira Lim Ban Hong, yang berdepan cabaran tiga lagi calon iaitu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BERSATU), Young Jie Yu (BERSAMA) dan Farzana Hayani Mohd Nasir (Pakatan Harapan).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ainu Nizla Kasman, mengumumkan senarai rasmi calon layak bertanding itu selepas tamat tempoh penyerahan borang pencalonan pada jam 10 pagi.
Terdahulu, beberapa pimpinan parti turut kelihatan hadir mengiringi calon masing-masing antaranya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pengasas BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh.









