Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (tengah) beramah mesra dengan para pemain industri telekomunikasi di Qatar ketika hadiri Meja Bulat Pengasas Digital sempena MWC Doha 2026 hari ini. (Gambar Bernama)DOHA: Malaysia dan Qatar meneroka kerjasama erat dalam bidang komunikasi satelit dan teknologi komunikasi selamat kuantum bagi memperkukuh kesalinghubungan digital, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai liputan Internet, selain meningkatkan keselamatan rangkaian komunikasi daripada ancaman penggodaman.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Qatar Mohammed Ali Al Mannai, serta aspek pemantauan satelit serta penggunaan teknologi bagi memastikan sistem komunikasi lebih selamat dan berdaya tahan.