Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (dua, kiri) dengar ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Kawal Selia GSMA John Giusti (dua, kanan) pada Meja Bulat Pengasas Digital sempena MWC Doha 2026 hari ini. (Gambar Bernama)DOHA: Malaysia mengemukakan cadangan untuk mewujudkan koridor digital rentas sempadan bagi menyokong usaha pembangunan semula Palestin pascakonflik, sebagai sebahagian usaha memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang kesalinghubungan digital dan ekonomi digital.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, inisiatif yang dicadangkan itu dapat menyediakan ruang kepada negara peserta untuk menyumbang kepada usaha pembangunan semula Palestin termasuk di Gaza, Ramallah dan Tebing Barat.