Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggunakan negara ini sebagai saluran untuk memintas kawalan eksport.PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) belum memulakan sebarang siasatan terhadap anak syarikat firma Singapura di Malaysia yang disyaki memintas sekatan Amerika Syarikat (AS) berhubung eksport cip kecerdasan buatan (AI) ke China.
Menteri Johari Ghani berkata, kementeriannya belum menerima sebarang bukti yang menunjukkan Speedmatrix melanggar undang-undang Malaysia, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, katanya Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggunakan negara ini sebagai saluran untuk memintas kawalan eksport.







