KUALA LUMPUR: Yinson Holdings Bhd menjelaskan bahawa syarikat itu belum bersetuju dengan skim penswastaan yang dicadangkan atau terma dalam surat cadangan berhubung rancangan pemegang saham utamanya untuk menswastakan syarikat pada harga RM2.50 sesaham.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Yinson memaklumkan Lembaga Pengarah mengambil maklum laporan media yang menyatakan atau membayangkan bahawa syarikat itu telah menerima cadangan skim berkenaan.
"Lembaga Pengarah ingin menjelaskan bahawa syarikat belum menerima cadangan skim berkenaan atau bersetuju dengan terma dalam surat cadangan itu," menurut syarikat berkenaan.
Yinson menjelaskan bahawa seorang pengarah telah tersilap menandatangani salinan surat cadangan yang dilampirkan pada pengumuman terdahulunya, sedangkan tandatangan itu hanya bertujuan mengakui penerimaan surat berkenaan bagi pihak syarikat.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2Fca051a67bdc6a07ffeb8b77fd28522aa.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


