London: Everton mula mengintai peluang mendapatkan khidmat bekas bintang Manchester City, Kevin De Bruyne apabila kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan sudah mengadakan hubungan awal dengan wakil pemain tengah Belgium berkenaan menjelang jendela perpindahan Januari.

Menurut laporan Sport Witness yang memetik perkembangan daripada media Itali, Calciomercato.it, Everton mahu menilai peluang sebenar untuk membawa De Bruyne kembali beraksi di England selepas pemain berusia 35 tahun itu dikatakan bergelut mencari prestasi terbaik bersama Napoli.

Laporan itu menyebut skuad kendalian David Moyes sudah menghubungi wakil pemain berkenaan bagi mengetahui kemungkinan mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan musim sejuk.