KUALA LUMPUR: Keperibadian dan keteguhan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mendepani dunia politik tanpa mengorbankan kelembutan sebagai wanita mencetuskan kekaguman penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.
Krisdayanti, 51, berkata, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menjadi antara tokoh wanita yang dikaguminya, terutama selepas mengikuti perjalanan serta perjuangan pasangan berkenaan dalam arena politik.
Katanya, pertemuan dengan Dr Wan Azizah di Putrajaya, baru-baru ini bukan sahaja memberi peluang untuk mengenali figura itu dengan lebih dekat, malah membuka ruang perkongsian mengenai peranan wanita dalam keluarga, kerjaya dan masyarakat.
"Sejak 2018, negara saya juga sedang berjuang mempertahankan demokrasi. Selepas mengetahui dan mendengar kisah Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Dr Wan Azizah, saya mula tertarik dengan beliau.









