JOHOR BAHRU: Kegembiraan menyambut perayaan Deepavali bertukar tragedi apabila dua individu ditemui rentung sejurus kereta Mercedes-Benz dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Kilometer 5, Jalan Pantai di sini.

Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, kenderaan berkenaan dilaporkan terbalik sebelum marak dijilat api.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei, berkata, kemalangan turut menyebabkan tiga lagi penumpang lain mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mempercayai kesemua mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat meraikan sambutan perayaan Deepavali.