Keadaan Mercedes yang terbakar di tepi jalan berhampiran Permas Jaya Golf Club menghala Bakar Batu di Johor Bahru awal pagi tadi. (Gambar JBPM)JOHOR BAHRU: Dua rentung, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbakar berhampiran Permas Jaya Golf Club menghala ke Bakar Batu, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Razali Hussein, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, jelasnya, sebuah Mercedes dipercayai terbabas dan terbalik di tepi jalan, sebelum terbakar sehingga 90%.

"Lima mangsa terbabit dalam kejadian itu, dengan tiga daripadanya berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba.