Hulu Selangor: Tujuh warga asing antara lapan lelaki yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di lokasi perkelahan Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak, di sini semalam.
Dalam insiden berkenaan, seorang mangsa warga tempatan ditemui lemas pada awal pagi tadi, manakala lapan lagi mangsa dilaporkan masih hilang.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang ditemui meninggal dunia dikenali sebagai V Vijayan, seorang lelaki tempatan.
"Mayat mangsa ditemui anggota JBPM di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi asal dia dipercayai dihanyutkan arus.








