WASHINGTON: Rumah Putih dikenakan sekatan keselamatan sementara selepas dua insiden keselamatan berasingan berlaku berhampiran Lafayette Park, di utara kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian pertama, sebuah kereta terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum merempuh papan tanda maklumat, manakala dalam kejadian kedua, seorang individu melompat melepasi penghadang keselamatan berhampiran sudut barat laut taman berkenaan.

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan memasuki laluan pejalan kaki di utara Lafayette Park, yang terletak betul-betul di utara Rumah Putih.

Pemandu kenderaan itu dilihat bergelut dengan anggota Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota Pengawal Kebangsaan.