Santiago Pena disingkirkan Senat daripada jawatan presiden Paraguay atas salah laku semasa memegang jawatan itu susulan kegagalan Ueno Bank yang mempunyai kaitan dengan kerajaannya. (Gambar EPA Images)ASUNCION: Presiden Paraguay digulingkan, Santiago Pena dikenakan tahanan rumah pada Jumaat kerana disyaki melakukan pecah amanah, tidak lama selepas disingkirkan Senat daripada jawatan itu susulan kegagalan sebuah bank utama yang mempunyai kaitan dengan kerajaannya, lapor Associated Press (AP).
Semua 44 senator yang hadir mengundi untuk menyingkirkan Pena daripada jawatannya atas salah laku semasa memegang jawatan. Beliau merupakan presiden Paraguay kedua disingkirkan menerusi proses pendakwaan sejak negara itu kembali mengamalkan demokrasi pada 1989.









