Bekas perdana menteri Najib Razak diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat pembayaran denda RM50 juta terhadap Najib Razak yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dijangka dapat melonjak semangat ahli Barisan Nasional (BN), khasnya ketika PRN Melaka hanya berbaki seminggu lagi.

Azmi Hassan.Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, akar umbi Umno akan menghargai usaha kepimpinan parti memastikan Najib dapat menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Usaha parti itu mengumpul dana menerusi tabung solidariti dilancarkan 18 Sept lalu selepas Najib diberikan pengampunan bersyarat.