JAKARTA – Terdesak akibat perniagaan bankrap, sepasang suami isteri di Blitar, Jawa Timur, nekad menghasilkan dan menjual kandungan pornografi di sebuah platform laman web berbayar sebelum kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa, lapor Detik News.

Suspek yang dikenali sebagai PEK, 40, dan isterinya, K, 38, berasal dari Daerah Panggungrejo, ditahan pihak polis selepas dikesan mengaut keuntungan lumayan mencecah puluhan juta rupiah setiap bulan hasil penjualan bahan terlarang tersebut.

Ketua Polis Blitar Kota, Asisten Komisioner Besar Polis (AKBP) Kalfaris Triwijaya Lalo berkata, kedua-dua suspek memperoleh pendapatan sekitar Rp 20 juta hingga Rp 30 juta (RM4,400 hingga RM6,700) sebulan melalui yuran langganan pengikut laman sesawang berkenaan.