Suami seorang yang romantik. Jika saya merajuk, dia akan pujuk, jika mahu kemana-mana suami akan beritahu saya. Sebelum kahwin, saya sangat inginkan layanan begitu, tapi selepas kahwin baru saya sedar romantik sahaja tidak memadai jika semua kerja rumah saya urus sendiri. Rasa tak berbaloi langsung ada suami.

Awal perkahwinan merupakan fasa untuk pasangan menyesuaikan diri dengan kehidupan dan tanggungjawab bersama. Ada pasangan yang sangat romantik dan penyayang, tetapi kurang peka terhadap urusan rumah tangga. Keadaan ini boleh menyebabkan pasangan berasa kecewa apabila perhatian dan kasih sayang tidak disertai kerjasama dalam kehidupan seharian. Berikut tip untuk anda:

Kenal pasti perkara yang mengecewakan Jangan hanya mengatakan suami tidak membantu tanpa anda mengenal pasti perkara yang membuatkan anda rasa terbeban dalam mengurus rutin harian. Apabila masalah dikenal pasti dengan jelas, lebih mudah untuk anda berbincang dan mencari penyelesaian.