PUTRAJAYA – McDonald’s Malaysia meneruskan komitmennya dalam menunaikan kewajipan zakat dengan pembayaran sebanyak RM2 juta bagi tahun 2026, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM16 juta sejak 2017.Sebanyak RM300,000 daripada jumlah zakat RM2 juta bagi tahun 2026 diserahkan kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) bagi Wilayah Persekutuan pada Majlis Penyerahan Zakat Korporat McDonald’s Wilayah Persekutuan dan Sumbangan Kepada Asnaf di McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya, di sini pada Selasa.Majlis penyerahan zakat itu dilakukan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman yang disaksikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil.Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, zakat merupakan sebahagian daripada tanggungjawab syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Muslim dalam menunaikan kewajipan agama serta membantu golongan memerlukan."Dalam rezeki yang dikurniakan kepada kami, ada hak golongan asnaf yang perlu ditunaikan. Kewajipan ini sentiasa menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami dalam mengusahakan perniagaan," katanya.Azhar berkata, McDonald’s Malaysia melaksanakan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun menerusi rangkaian 385 restorannya di seluruh negara."Sebagai syarikat yang sentiasa dekat dengan komuniti, McDonald’s Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak 2017. Antaranya menyambut hari jadi anak-anak yatim, menyumbang moreh ke masjid dan surau pada bulan Ramadan serta menyantuni warga emas di pusat jagaan pada musim perayaan."Kami sentiasa aktif menyantuni komuniti daripada semua lapisan masyarakat," katanya.Dekati asnaf, fahami keperluan sebenar Menurut Azhar, penyerahan zakat dilakukan menerusi jelajah ke setiap negeri bagi membolehkan pihak syarikat mendekati penerima bantuan serta mengenal pasti keperluan mereka secara lebih dekat."Apabila kita turun ke setiap negeri, kita bukan sekadar menyerahkan zakat, tetapi turut mengadakan pelbagai program bantuan seperti pemberian Kotak Rezeki, peluang pekerjaan, sumbangan komputer riba kepada pelajar serta pengagihan makanan percuma," katanya.Jelajah berkenaan dimulakan di Kelantan pada Julai lalu, manakala Wilayah Persekutuan menjadi lokasi ke-10 program berkenaan dilaksanakan.Azhar menjelaskan, jumlah zakat yang disalurkan ke setiap negeri ditentukan berdasarkan bilangan restoran McDonald’s yang beroperasi di kawasan terbabit."Di Wilayah Persekutuan, kita mempunyai 55 restoran dan sebanyak RM300,000 zakat diserahkan kepada PPZ-MAIWP," katanya.Pada majlis itu, seramai 80 keluarga asnaf di Putrajaya menerima Kotak Rezeki mengandungi barangan keperluan harian, manakala 15 komputer riba disumbangkan kepada pelajar asnaf Kolej Profesional MAIWP.Azhar berkata, sumbangan komput