SUBANG JAYA - Ada karya yang tidak pernah luput ditelan zaman. Walaupun masa berlalu dan generasi silih berganti, kisahnya terus hidup dalam ingatan masyarakat.Begitulah legenda Puteri Gunung Ledang, sebuah lagenda agung Melayu yang sarat dengan kisah cinta, pengorbanan dan kesetiaan sehingga terus terpahat dalam landskap seni negara.Dua dekad selepas pementasan kali pertamanya, muzikal ikonik itu kembali menemui penonton dengan sambutan luar biasa, apabila lebih 18,000 tiket habis terjual dalam tempoh beberapa jam sahaja menerusi saluran jualan awal dan jualan umum, manakala lebih 22,000 peminat dilaporkan berada dalam senarai menunggu dalam talian untuk mendapatkan tiket.Sambutan luar biasa itu membuktikan karya tempatan masih mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia.Lebih bermakna, kemunculan semula muzikal tersebut berlangsung di Pusat SeniPersembahan Je rey Cheah atau Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) di Sunway Square, Sunway City Kuala Lumpur, sebuah pusat seni bernilai RM200 juta yang diwujudkan bagi memperkukuh pembangunan seni persembahan negara.Di sebalik pembinaan pusat seni itu ialah visi Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Sir Dr Jeffrey Cheah, yang percaya bahawa kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur melalui pencapaian ekonomi semata-mata.Sebaliknya, pembangunan budaya, pendidikan dan kreativiti perlu bergerak seiring bagi melahirkan masyarakat yang lebih seimbang serta menghargai identiti negara."Malaysia memiliki bakat seni yang luar biasa serta khazanah budaya yang kaya. Apa yang diperlukan ialah peluang, kemudahan dan sokongan berterusan agar bakat tempatan mampu berkembang serta berdiri sebaris dengan produksi bertaraf dunia," katanya.Pentas untuk semua bakatMalaysia Berteraskan semangat keterangkuman, JCPAC dibangunkan sebagai ruang yang meraikan kepelbagaian budaya Malaysia.Daripada teater Melayu, opera Cina dan tarian klasik India hinggalah kepada produksi kontemporari tempatan, semuanya mempunyai tempat untuk berkembang dan diwariskan kepada generasi akan datang.Pusat seni itu dilengkapi Grand Theatre berkapasiti 1,200 tempat duduk dengan teknologi akustik moden, selain The Studio yang mampu memuatkan 150 penonton bagi pementasan berskala kecil serta pembangunan bakat baharu.Kedua-dua ruang ini menyediakan platform kepada penggiat seni berpengalaman dan generasi muda untuk terus menyerlahkan bakat dan karya dalam suasana bertaraf antarabangsa.Warisan menyatukan generasiPemilihan teater, Puteri Gunung Ledang The Musical sebagai produksi pembukaan JCPAC bukanlah suatu kebetulan.Sejak pertama kali dipentaskan pada 2006 oleh Enfiniti Productions yang diasaskan Puan Sri Tiara Jacquelina, muzikal tersebut berjaya mengangkat salah satu legenda Melayu paling agung menjadi sebuah karya pentas bertaraf antarabangsa tanpa mengkompromikan nilai budaya tempatan.Kembalinya muzikal itu pada tahun ini menghimpunkan barisan pelakon berpengalaman dan bakat baharu seperti Aisha Retno, Mila Mohsin, Aq