Kota Bharu: "Suami demam tapi masuk kerja lebih awal pagi tadi untuk sambut bos baharu," kata Nor Asnida Mohd Tarmizi, isteri kepada mangsa lemas, Mohd Aqbar Che Abdullah, 34.

Nor Asnida, 32, berkata, suaminya sudah lama bekerja di pengkalan pasir di Kampung Chekok, Serendah, Kemubu dan menjadi rutin dia dan suami keluar rumah di Kampung Belukar, Dewan Beta setiap pagi.

Katanya, suaminya terlebih dulu akan menghantar dia ke rumah nenek, Siti Rogayah Mat Daud, 74, di Kampung Kedai Piah sebelum ke tempat kerja.

"Pagi tadi dia pergi kerja lebih awal iaitu jam 8 pagi kerana hari ini dia kata akan sambut bos baharu.